Kursus Keusahawanan bersama UMK
4 September 2016 | Aktiviti TerkiniPihak Nera Infocom telah bekerjasama dengan ISME Universiti Malaysia Kelantan mengadakan Kursus Pembangunan Blog (Wordpress) untuk staff Pusat Internet 1 Malaysia Maxis Kelantan pada 2 hingga 3 2016. Tujuan kursus ini dibuat adalah untuk melatih Staff Pusat Internet 1 Malaysia membangun dan menambahkan usahawan dalam kalangan penduduk setempat. Staff Pusat Internet 1 Malaysia dapat mengajar komuniti setempat mengenai akaun Fb Ads terhadap komuniti. Dengan adanya program seperti ini, staff PI dan komuniti dapat mempromosi aktiviti PI dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Penggunaan Facebook mampu memberi impak yang hebat kepada personaliti perniagaan usahawan khususnya komuniti yang berhampiran Pusat Internet. Facebook merupakan prasyarat untuk memasuki dunia perniagaan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: